fbpx

Li-Po Battery Tips

Bateri Litium Polimer (Li-Po) boleh ditemui dalam pelbagai jenis alat elektronik pengguna seperti dron; bateri ini menguasai majoriti dron pertanian. Dengan ini, ia amat penting untuk mengetahui beberapa tips asas tentang cara menjaga bateri Li-Po anda.

TIPS

Jangan

– Elakkan daripada menjatuhkan bateri.  

– Jangan sekali-kali dedahkan bateri kepada api.  

– Jangan usik sel bateri.  

– Jangan tebuk atau rosakkan bateri dengan sebarang objek tajam.   

Mengecas

Semasa mengecas atau menyahcas bateri Li-Po, terdapat beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian bagi memastikan anda terhindar dari bahaya dan bateri anda diselenggara dengan baik.

Berikut ialah beberapa tips tentang cara anda boleh mengamalkan pengecasan yang selamat:

– Sentiasa gunakan pengecas yang dibuat khusus untuk bateri Li-Po.

– Sentiasa periksa kerosakan pada bateri sebelum mengecas. Kecacatan (defect) pada bateri boleh menyebabkan bateri rosak akibat litar-pintas.

– Sentiasa perhatikan bateri Li-Po anda semasa ia dicas. Membiarkan bateri tanpa pengawasan mungkin menyebabkan isu yang tidak dijangka seperti kebakaran.

– Berhenti mengecas apabila bateri telah dicas sepenuhnya dan jangan sekali-kali mengecas bateri Li-Po secara berlebihan.

– Sentiasa keluarkan bateri anda semasa mengecas. Jangan sekali-kali mengecasnya apabila ia berada di dalam dron anda.

– Jangan biarkan bateri Li-Po anda dicas sepenuhnya selama lebih daripada beberapa hari. Anda perlu menyahcasnya jika bateri tidak digunakan.

– Jangan mengecas bateri yang panas akibat penggunaan, dan begitu juga sebaliknya. Bateri yang kerap terdedah kepada haba akan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

– Jangan mengecas bateri di sekeliling objek dan cecair yang mudah terbakar. Pastikan bateri anda berada di atas permukaan konkrit atau seramik kerana bahan seperti kayu atau permaidani boleh menyebabkan kebakaran.

Peyimpanaan

Salah satu kebahayaan yang paling biasa berlaku apabila ia berkaitan dengan bateri ialah kebakaran. Walau bagaimanapun, pengambilan langkah yang tertentu untuk menyimpan bateri Li-Po anda boleh membantu mengelakkan kebakaran daripada berlaku. Menyimpan bateri Li-Po dengan betul juga boleh memanjangkan jangka hayatnya dan mengurangkan kemungkinan bateri itu rosak. 

Ini ialah cara anda boleh menyimpan bateri Li-Po anda:  

– Sentiasa simpan bateri Li-Po anda dalam beg atau bekas kalis api. Menyimpan bateri anda dalam bekas biasa atau beg penyimpanan untuk masa yang lama boleh menyebabkan kebakaran disebabkan bahan beg.   

– Jauhkan bateri daripada persekitaran yang panas. Pendedahan bateri anda kepada haba akan memendekkan jangka hayatnya dan menghadapi risiko kebakaran.  

– Jauhkan bateri daripada persekitaran yang terlalu sejuk. Persekitaran yang sejuk boleh merosakkan bateri Li-Po anda kerana ia boleh menyebabkan pemeluwapan apabila terdedah kepada haba secara tiba-tiba.  

– Jangan biarkan bateri Li-Po anda dicas sepenuhnya atau habis apabila ia tidak digunakan.  

– Sentiasa tanggalkan bateri daripada dron apabila ia tidak digunakan. 

Recent posts

Tips
mr mist

Li-Po Battery Tips

Bateri Litium Polimer (Li-Po) boleh ditemui dalam pelbagai jenis alat elektronik pengguna seperti dron; bateri ini menguasai majoriti dron pertanian. Dengan ini, ia amat penting untuk mengetahui beberapa tips asas tentang cara menjaga bateri Li-Po anda.

Teruskan membaca
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

hubungi kami untuk pembelian

ms_MYMalay

DAFTAR UNTUK BULETIN KAMI!